≡ Menu

4 Tips Membeli Rumah Lelong

rumah bank  lelongTips Membeli Rumah Lelong

Rumah lelong merupakan rumah yang dijual oleh pihak bank atas konsep lelongan. Lelongan ini dilakukan kebiasaannya  atas faktor pemilik asal tidak mampu membayar lunas hutang pinjaman.  Rumah lelong dianggap berbaloi jika bakal pembeli berjaya mendapatkan nilai hartanah di bawah nilai pasaran (market value). Namun begitu, kebiasaannya rumah lelong yang terjual mempunyai bidaan tertinggi kurang daripada nilai pasaran. Oleh kerana itu jugalah rumah lelong sering menjadi tumpuan bakal pelabur khususnya.

#1 Ehsan Seorang Pembeli

Adakah anda kenal dengan individu yang bernama Saifulnizam Mokhtar? Beliau merupakan  seorang pelabur hartanah yang sering berkongsi tentang pembelian rumah lelong di laman Facebook. Namun begitu, apa yang ingin dikongsikan di sini adalah tentang keprihatinan beliau sebelum membeli rumah lelong. Sebelum tarikh bidaan bermula, Tuan Saifulnizam Mokhtar akan turun padang melihat sendiri keadaan rumah tersebut. Namun begitu, jika beliau terdengar suara kanak-kanak, ataupun terlihat selipar kanak-kanak tindakannya adalah membatalkan hasrat untuk membida. Mengapa begitu?

Itulah ehsan yang ditunjukkan oleh Saifulnizam Mokhtar kepada kita tentang sikap keprihatinan terhadap masyarakat yang mungkin menghadapi masalah. Mungkin bagi sesetengah orang, itu bukan masalah kita. Bagaimanapun, segalanya terserah kepada bakal pembida dalam membuat keputusan.

#2 Turun Padang

Sama seperti rumah subsale, kita sendiri perlu turun padang untuk melihat keadaan rumah tersebut. Mohon kebenaran kepada pihak berkenaan untuk membuat tinjauan tentang keadaan rumah. Dalam hal ini, segala kerosakan yang ada adalah di luar bidang kuasa pihak bank. Oleh yang demikian, kita seharusnya melakukan anggaran kos untuk membaiki kerosakan tersebut. Kebiasaannya kerosakan meliputi pendawaian elektrik, masalah saluran air dan sebagainya.

Apabila anggaran kos membaiki sudah dibuat, sila lakukan penelitian dari sudut bajet dan kesesuaian untuk mendapat lot rumah lelong berkenaan.

Tambahan lagi, lakukan semakan tunggakan sama ada dengan pihak JMB, Indah Water, TNB, dan Syarikat Air. Ini penting bagi mengelakkan kita terpaksa menanggung kos hutang tunggakan yang mencecah ribuan ringgit. Jika kita mahu membeli rumah jenis apartment, sila lakukan semakan terperinci tentang bayaran penyelenggaraan rumah tersebut.

#3 Kelayakan Pinjaman

Apabila kita berminat untuk melakukan bidaan terhadap rumah lelong, perkara pertama yang perlu dilihat adalah kelayakan pinjaman. Isu ini terkecuali bagi yang mahu membeli secara tunai. Apa yang perlu kita tahu adalah bakal pembida perlu menyediakan 10% wang deposit berdasarkan simpanan nilai rumah tersebut. Selain itu kita perlu membuat kira-kira tentang kelayakan pinjaman dari segi pengiraan Debts Service Ratio (DSR).

#4 Keadaan Persekitaran

Apabila melakukan lawatan tapak, kita haruslah meneliti keadaan persekitaran rumah. Adakah rumah berkenaan mempunyai persekitaran yang baik. Jika kita berhasrat menjadikan ia sebagai rumah sewa, banyak faktor yang perlu diambil kira. Antaranya tentang fasiliti seperti lif, tangga, keselamatan dan lain-lain lagi. Sebagai bakal penyewa pula, mereka mengharap rumah pemilik berada dalam kondisi yang baik ditambah persekitaran yang menarik.

{ 0 comments }

Cari Rumah MurahTips Mendapatkan Penyewa Yang Berkualiti

Sebagai pemilik hartanah, mungkin kita pernah mendengar istilah penyewa dari neraka. Istilah ini merujuk kepada betapa sengsaranya pemilik apabila terpaksa berhadapan dengan penyewa yang mempunyai ragam yang tidak baik. Pelbagai ragam yang ditemui antaranya penyewa yang gemar membawa pasangan bukan mahram, menjadikan pusat proses dadah, penyewa seorang penjenayah dan culas untuk membayar sewa. Apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, pihak pemilik hartanah terpaksa terlibat sama terutama melibatkan kes-kes mahkamah dan pihak polis. Jadi apakah tip-tip mendapatkan penyewa yang berkualiti.

#1 Menyediakan surat perjanjian

Antara perkara  yang biasa terlepas pandang oleh pemilik adalah gagal menyediakan surat perjanjian. Apa yang mereka tumpukan pada bakal penyewa adalah hanya menyediakan wang deposit dan utiliti sebagai satu bentuk komitmen. Namun dengan menyediakan surat perjanjian di antara penyewa dan pemilik mampu membantu melancarkan proses aliran tunai. Antara perkara yang lain pula, aliran tunai yang masuk ke dalam akaun akan dijadikan sebagai wang pendapatan pemilik. Secara tidak langsung ia mampu mengurangkan peratusan DSR (Debt Service Ratio) apabila mahu membuat sebarang pinjaman yang lain.

#2 Temuduga

Mungkin ada sesetengah beranggapan, penyewa yang mengadakan proses temuduga adalah satu perkara yang amat leceh. Namun dengan cara ini mampu menapis penyewa yang benar-benar tidak berkualiti. Sebagai contoh, gaji seorang bakal penyewa adalah sebanyak RM2000. Tetapi mahu menyewa rumah yang kadar sewaan sebanyak RM1200. Berbaki RM800 sebenarnya memperlihatkan penyewa tidak mempunyai isi kewangan yang kukuh. Bukanlah kita mengatakan ia tidak layak secara sepenuhnya. Namun dengan menyediakan deposit penuh tidak bermakna bakal penyewa dianggap mampu dari segala sudut. Bagaimanapun ia terpulang kepada budi bicara si pemilik rumah.

#3 Budi Bicara Penyewa

Jika mahu mengharapkan penyewa yang berkualiti, sebagai pemilik juga haruslah mempamerkan akhlak yang baik. Bina satu bentuk komunikasi yang positif di antara penyewa  dan pemilik. Selain itu, penyewa juga boleh melakukan rutin bulanan atau tahunan bertanyakan tentang masalah-masalah yang melibatkan masalah elektrik, lampu, paip dan sebagainya. Dengan cara itu, sedikit sebanyak mampu menjadikan penyewa begitu selesa terhadap pemilik rumah.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, cara ini bukanlah bermakna kita menafikan hak orang lain tetapi ia membantu pihak pemilik dalam melancarkan proses aliran tunai. Sebagai bakal penyewa pula, kenalpasti tahap kemampuan kita dalam mencari rumah sewa yang sesuai. Benar, zaman sekarang ini rumah sewa agak terlalu mahal, namun itulah hakikat yang terpaksa kita terima.

{ 0 comments }

rumah sewa murah

Tips Menetapkan Kadar Sewa Rumah

Sebagai pemilik rumah, pasti akan berhadapan dengan masalah dalam menetapkan kadar sewa rumah. Jika letakkan pada harga yang tinggi, bimbang tiada penyewa pula. Maka dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda tentang tip-tip menetapkan kadar sewa rumah. Tidak terlalu mahal, tetapi tidak pula terlalu murah. Apa yang paling penting, jika kita memudahkan urusan orang lain, tidak mustahil urusan kita juga akan dipermudahkan Insha Allah.

#1 Iklan Dummy

Dummy bermaksud palsu. Bagaimana caranya kita mahu menggunakan iklan dummy dalam menetapkan kadar sewa rumah? Begini, langkah yang pertama adalah meletakkan iklan di Mudah.my tentang rumah yang kita mahu sewakan. Jangan lupa sertakan sekali nombor telefon kita sebagai penyewa. Nombor telefon juga harus berbeza pada setiap iklan. Kita boleh meletakkan 3 iklan pada harga yang berlainan. Sebagai contoh :

  • Iklan Pertama : RM900
  • Iklan Kedua : RM850
  • Iklan Ketiga : RM700

Apabila iklan sudah diluluskan, kita tunggu panggilan daripada bakal penyewa. Kita bandingkan adakah harga sewa pada iklan pertama mempunyai panggilan yang banyak atau pada iklan yang lain.

Jika ramai yang berminat pada iklan yang dipaparkan, jangan sewakan dahulu atau tolak bakal penyewa. Tetapi katakan pada mereka, kita akan hubungi mereka jika rumah sudah available. Kaedah ini adalah supaya kita boleh membuat kajian perbandingan di antara ketiga-tiga iklan tersebut. Pada masa yang masa juga, kita sudah memiliki nombor telefon bakal penyewa.

#2 Observasi

Tidak cukup setakat iklan di internet sahaja, sebagai pemilik rumah kita boleh melakukan observasi iaitu pemerhatian di kawasan sekeliling. Boleh mengajukan pertanyaan tentang jiran-jiran, pemilik kedai tentang kadar purata sewa di kawasan tersebut. Kumpul data dan lakukan kajian perbandingan. Jika kita mendapati terdapat rumah yang disewa agak tinggi, boleh lakukan kajian terhadap situasi ini. Adakah pemilik rumah menyediakan perabot atau sebaliknya. Ini penting agar kadar sewa yang diletakkan tidak terlalu tinggi.

#3 Melepasi Kadar Pinjaman

Apabila matlamat kita mahu mendapatkan lebihan aliran tunai, kita perlu memastikan bahawa kadar sewa harus melepasi kadar ansuran kepada pihak bank. Jika tidak, kita terpaksa menanggung sedikit kerugian. Tetapi jika rumah tersebut sudah menjadi hak milik kita sepenuhnya, maka kita boleh menentukan kadar sewa mengikut kesesuaian asalkan ia berpatutan.

Kesimpulan

Dalam menetapkan kadar sewa janganlah kita terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Abang Ensem pakar hartanah pernah bercerita, beliau menurunkan kadar sewa bulanan rumah terhadap penyewanya  atas dasar kemanusiaan. Hal ini kerana penyewanya tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, tetapi tidak pernah culas dalam membayar sewa.

{ 1 comment }